Sunday, September 21, 2008

9 tanda kamu dibutakan cinta,,

1. lebih banyak berkorban

cinta sememangnya memerlukan pengorbanan. namun, jika kamu sahaja yang lebuh banyak berkorban sedangkan si dia tidak pernah sanggup untuk bersusah payah untukmu, itu
tentunya tidak adil. misalnya, hanya kamu yang diminta untuk dikorbankan masa bersama
keluarga dan teman-teman mu untuk diluangkan bersamanya. sedangkan si dia tidak pernah
melakukan perkara yang sama untukmu. andai inilah yang berlaku dalam percintaan kamu, si
dia bukan lah individu yang tepat untukmu,,,,,



2. teman-teman menjauhkan diri


Sebelum ni hidupmu tidak pernah sunyikerana sentiasa dikelilingi teman2, Bagaimanapun
semua itu berubah sebaik sahaja si dia menjadi kekasih mu. Satu persatu temanmu
menjauhkan dirimu dan akhirnya menghilang begitu sahaja. Oopss!! jangan salahkan
temanmu sekiranya ini yang berlaku. mungkin sikap si dia merupakan salah satu faktor yang
membuatkan mereka menjauhkan diri. Kamu mungkin tidak nampak salah dan silapnya,
kerana dibutakan dengan perasaan sayang terhadapnya, namun orang di sekeliling kamu
tidak pernah buta menilai baik buruknya seseorang itu.


3. tiada orang yang mengaguminya


Setiap kali kamu membicarakan tentang si dia, ekspresi wajah dan bahasa tubuh temanmu
kelihatan seperti kurang senang dengan nya. Malah mereka sentiasa melihat jam tangan yang
menunjukkan mahu cepat beredar. Tidak kurang juga, setiap kali kamu menyebut nama si dia
dan bersemangat menceritakan betapa hebatnya dia, teman mu cuba mengalihkan topik
perbualan atau hanya berdiam sahaja tanpa memberikan sebarang respons. Itu tandanya si
dia bukan lah pasangan yang baikdan mampu membuatkan orang lain mengaguminya.




4. hubungan panas dingin


Di awal perhubungan, segalanya berjalan seperti yang dirancang dan yang kamu mahukan.
Bagaimanapun dari hari ke hari, si dia semakin berubah menjadi agak dingin dan semakin
kurang meluangkan masa untuk bertemu denganmu lagi. Kenapa begitu ya?? Si dia mungkin
bimbang melihat kamu begitu serius ingin membina komitmen dalam perhubungan ini. Oleh
itu, si dia mula berubah dan mula menjarakkan dirinya dengan dirimu. Jika begini sikapnya,
sah si dia bukanlah orang yang tepat untukmu dan serius mencintainya.


5. terlalu banyak usaha


Sepanjang berkawan dengannya, kamu sahaja yang berusahauntuk menyemarakkan lagi cinta
yang terbina. Misalnya, apabila lama tidak bertemu, hanya kamu yang terlebih dahulu
mengambil langkah mengatur pertemuan. Sekiranya si dia sibuk, kamu juga sanggup datang
ke rumah atau ke pejabat sekadar untuk bertemu debgannya. Begitu juga dengan bercuti,
hanya kamu sahaja yang merancang untuk bercuti dengannya sedangkan si dia sedikitpun
tidak melakukan apa2 untukmu dan tidak pernah menghargai ape yang kamu lakukan.


6. terkongkong


Sebelum bersama si dia, kamu seorang yang aktif, bersemangat dan berani. Namun, kamu
berubah menjadi begitu pasif dan tidak pernah lagi menyertai sebarang aktiviti yang kamu
minati kerana terpaksa menuruti kemahuannya yang tidak suka dengan semua itu. Bukan itu
sahaja, pergaulan kamu juga terbatas dan tidak semua teman2 kamu yang si dia benarkan
kamu hubungi atau keluar bersama. Jika sebelum berkahwin lagi, si dia sudah mengongkong
kamu, bagaimana bila sudah berkahwin nanti?? Kamu pastikah orang sepertinya adalah
pilahan yang tepat?? Tepuk dada tanyalah selera,,,,


7. berat semakin susut


Setelah menjalin cinta dengan dia, berat badan kamu susut sehingga 3-4 kg. ha, ada 2
kemungkinan, pertama, kamu melakukan diet bersungguh2 untuk mendapatkan tubuh yang
ideal kerana itu yang diinginkannya. Manakala yang kedua, kamu sering tertekan memikirkan
sikap dan perilakunya terhadap kamu yang seringkali menyakitkan hati. andai inilah yang
berlaku, bermakna si dia tidak pernah membahagiakan kamu, malah hanya kamu sahaja yang
membahagiakannya.


8. tidak yakin pada diri


Setiap kali bertengkar atau berselisih faham dengannya, hanya kamu sahaja yang akan
beralah dan memohon maaf. Biarpun si dia yang sepatutnya memohon maafdaripadamu.
Bukan itu sahaja, kamu juga sering mencari kesalahan sendiri. Misalnya, apabila si dia mula
beralih pada orang lain, kamu akan menyalahkan dirimu kerana tidak mampu menjadi
pasangan yang baik untuknya. Sedangkan hakikatnya, sudah jelas si dia mata keranjang.


9. suami orang


Jika kekasihmu suami orang, nyata kamu memang tersalah pilih. terbukti si dia sudah
memiliki isteri, tapi kamu tetap mahu menjadi pasangannya. Lelaki berstatus suami orang ini,
tidak dinafikan pandai bermain kata-kata. Tapi, percayalah mereka senang menabur janji,
egois dan tidak memikirkan perasaan kamu. Jadi untuk apa kamu menuggu si dia, tinggalkan
sahaja si dia dan fikirkan yang kamu sebenarnya kamu mengecap kebahagiaan tanpanya.

Labels: